Kedah Darul Aman merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Malaysia. Kota Setar telah menjangkau usia lebih daripada 268 tahun. Kota ini merupakan salah sebuah kota yang tertua dan bertamadun di dunia. Kota yang penuh bersejarah telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Alor Setar pada 21 Disember 2003 yang lalu. Sebagai sebuah negeri yang bertamadun dan kaya dengan khazanah turun temurun sejak dari pemerintahan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Warisan khazanah ini kekal sehingga hari ini.
Mengimbau kembali sejak pemerintahan Baginda, basikal telah pun diperkenalkan sebagai pengangkutan untuk kegunaan golongan bangsawan dan kenamaan. Kemudian ia digunakan sebagai pengangkutan asas kepada orang awam bermulanya pemerintahan Inggeris. Basikal buatan Inggeris ini digunakan untuk kegunaan para petani bagi tujuan mengangkut unting unting padi yang beratnya sepikul lebih dan juga untuk kegunaan kasar bagi pengangkutan asas yang lain. Basikal begitu sinonim digunapakai oleh jabatan-jabatan kerajaan ketika itu, seperti Pos Malaysia yang sinonim ketika dahulu dengan nama General Post Office, Jabatan Telegraf, Royal Federation Malaya Police ( RFMP ) . Basikal Tua begitu lumrah sekali dan diguna oleh setiap ‘peon-peon’ dan penghantar notis (kakitangan pejabat) kerajaan pada ketika itu. Ianya juga lumrah digunakan oleh bidan-bidan desa ketika itu untuk melawat ibu-ibu yang hendak bersalin dan pesakit pesakit yang lain.
Pada zaman penaklukan tentera Jepun, basikal merupakan kenderaan yang penuh dengan lagendanya yang tersendiri. Pada era itulah basikal merupakan alat terpenting untuk tentera-tentera Jepun bergerak di seluruh pelusuk Tanah Melayu.
Basikal tua merupakan salah satu khazanah negeri yang telah dipinggirkan dan hampir dilupai dan dilupuskan oleh persada jentera bermotor yang berkembang pesat. Kini dengan daya usaha GETUAS (Persatuan Gerek Tua/Klasik Kota Setar), Kedah Darul
Aman ditubuhkan untuk mengembalikan kenangan abadi dan nostalgia yang penuh dengan lagenda. GETUAS ditubuhkan bersempena pemasyhuran Alor Setar sebagai Bandaraya yang ke-9 di Malaysia.
‘ GETUAS ‘




















